Cik Qaqa Chiquititas ❤
THE SWEET OWNER



Cik Qaqa Chiquititas
Atika Baharudin
Sweet Sixteen '13
SPM Candidates 2014
SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
6 December 1997

Saya akan menggunakan kata ganti nama "aku" disini. Sebab lebih selesa kot. Hehe. Mintak maaf ye readers :)

NAVIGATION

Navigation : touch hover image



Entry Owner Lyrics Ohsem

Assalamualaikum :) Hello peeps! Welcome to my super duper awesome blog :P Don't forget to follow me, drop your link and comment ❤


FAVOURITE QUOTES

Apabila untuk mendapatkan sesuatu itu. Bersungguh-sungguh macam mana pun kita. Bersusah-payah macam mana pun kita. Berusaha macam mana pun kita. Jika Allah s.w.t telah mengkehendaki itu bukan milik kita. Maka kita wajib menerimanya dengan hati yang redha. Sesungguhnya Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik sebagai pengganti :)


TALKIE TALKING

No Harsh words here dear
Kindly drop your link
I will blogwalking you back
I'll be glad if you give your feedback about my blog
Let's be my super friends

 budak belum mandi kat sini



BLOG ARCHIVE



SPREAD THE LOVE



ASK ME?




PENGOMEN TERHEBAT

AWESOME CREDITS


Basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Atika Baharudin
Follow: Facebook | Twitter 
Best Views : Google Chrome







Saya Pernah Lumpuh






"Kwang Soo, ni cerita sedih. Kenapa kau seronok menari?" LOL


Okay, semalam aku tengok Ghost Hunter (apa kena mengena dengan kisah lumpuh aku ni?) Sabar. Baca sampai habis dulu. Ngeh ngeh. Tahu kan cerita ni? Aku memang minat cerita cerita camni. Hehe. Okay, penghuni rumah tu ceritalah macam mana dia dan family dikacau oleh hantu kat rumah dia tu. 

Then, salah satu ceritanya dia kata, suami dia tiga empat kali terasa macam dihimpit ketika tidur dimana dia tak boleh gerakkan badan dan bersuara. Aku, "Hekeleh, kecoh je diorang ni. Aku banyak kali kena rileks je..." Sorry ayat bajet keluar. Muahaha. Tapi sebelum tu aku nak selit lah jugak apa reaksi aku time di himpit ketika tidur tu. Boleh kan nak cerita ni? Hew hew. 

Time tu aku rasa aku baru tidur sekejap, time aku tertidur masa tengok tv sensorang pun pernah jugak. Dalam keadaan separuh sedar, tetibe aku rasa aku tak boleh gerakkan seluruh anggota badan aku. Aku cuba nak bersuara tapi tak boleh. Dada ni rasa sempit sangat! Pergh. Bayang kan apa perasaan aku time tu. Takut gila kot, lepas tu aku berselawat dan mengucap dalam hati. Beberapa minit barulah aku dapat back to normal. 

Nampak tak permainan dia? Lepas aku selawat, terus hilang. Dah sah sah aku ingat aku kena himpit hantu kann! Aku nangis jap pastu sambung tidur. Esoknya bangun tidur dengan senyuman seakan-akan takde apa yg berlaku. HEHEHE.

So di akhir rancangan Ghost Hunter tu, si pemburu hantu tu terangkan kat penghuni rumah yang suami dia dihimpit tu adalah disebabkan "Kelumpuhan Tidur". Aku lega.."Oh, bukanlah aku kena himpit hantu maknanya ni?.." *tersenyum gembira hati berbunga-bunga* Amboi? HAHA. Takdelah aku takut nak berlegar dalam rumah tu sensorang kan. Hew hew. 

Ni sedikit fakta yang aku tanya kat Encik Google :)


Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.

Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas. 

Serius cakap, fakta yang dikemukakan ni memang sama dengan apa yang aku pernah kena. Memang time aku kena tu aku tengah tidur dada menghadap ke atas. 

Kelumpuhan ini boleh memakan masa dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit di mana si pesakit mungkin akan mengalami gejala panik dan perasan yang khayalan tersebut adalah palsu 

Betul. Memang first time aku kena tu aku panik gila. Aku pikir hantu je. Haha. So lepas baca ni aku lega, rupanya aku mengalami kelumpuhan tidur :) hew hew. At least kalau kita kena lagi, takdelah kita takut sangat kan. Aku rasa ramai kot yang pernah kena. Korang pernah kena tak? Kalau pernah cer citer sikit apa reaksi korang time tu? Heho.



p/s : Qaqa mungkin akan jarang online mulai hari ni. Sebab Qaqa kat kampung. Wifi kampung ada, tapi lambat k -.- Ni pun online guna modem yang pakai kredit. Thanks sudi singgah blog Qaqa. In shaa allah kalau Qaqa online Qaqa akan singgah korang balik :) Toodles :*


16 Comments:

Blogger Aienn Ninie said...

ain pun pnh jadi jgk. byk kali jgk lah. kalo jd mcm tu msti time tu ain tgh mimpi seram.. takot oooo... mmg tak leh gerakkan badan.. takot tak terkata lah.. huhu.. pnh 1 day, baru lelap sekejap dah jadi.. lps tu tido balik jadi lg. lps tu trus takot nk tdo. tggu bpa minit bru tido blik.. alhamdulillah ok... huhu

29 November 2013 at 08:56  
Blogger Claudia Claudy said...

saya pun pernah kena jugak. halusinasi banyak. ade nampak hantu. ade orang nak bunuh kite, ade yg saya tengah sakit nak mati. and lagi teruk, i trauma balik sebab there's one guy yg pernah masuk bilik I kacau I. haa, tetibe muncul dalam mimpi tu. gile takut -,-'

29 November 2013 at 11:35  
Blogger muhammad azuan said...

hahaha... sengal punye kwangsoo... sama lha... wan pon pernah kne badan beku bagai siap takleyh cakap...siap azan dua tiga kali lg...tapi bila tebangun bru lha sedar yang ianya cuma mimpi..uhuhuhuhu

29 November 2013 at 17:15  
Blogger AfrinaTarmizi said...

oh, baru first time tahu tentang kelumpuhan tidur nii .

29 November 2013 at 18:13  
Blogger Atika Baharudin said...

haha. macam2 cerita. macam2 ragam. memang kalau benda ni terjadi kita akan halusinasi banyak :) mcm2 yang kita byg kan.. tgh mimpi ngeri pun boleh jadi jugak..

30 November 2013 at 05:24  
Blogger Izzati Amira said...

yup. dalam kata lain.. sleep paralysis,,lumpuh ketika tidur. dun worry okay (:

30 November 2013 at 17:11  
Blogger Ahmad Zaki said...

Siap nangis pastu sambung tidur... hahaha... Sabar je la. Mungkin tu cara Allah buat untuk kita ingat Dia. =)

1 December 2013 at 17:59  
Blogger Izzaty Azma said...

selalu sangat dah kena. kadang-kadang jadi sekali dalam masa 3 hari. start kena masa darjah 2. masa mula-mula kena memang panik. dah lama-lama tu memang rasa dah biasa. maybe sebab tiap-tiap malam mimpi kot ;)

2 December 2013 at 04:46  
Blogger Atika Baharudin said...

hahaha, kan kan. qaqa mula2 kena pun panik, sekarang dah biasa. tak takut dah :) ngeee

3 December 2013 at 03:55  
Blogger Siara Elina said...

setakat nie tak pernah kena. harap2 tak kena kat saya.. eeeeee

3 December 2013 at 05:29  
Blogger Nurul Farahizzati said...

tak pernah kena benda2 mcm ni.. ikutlah cara tidur Rasulullah.. :)

3 December 2013 at 21:57  
Blogger Atika Baharudin said...

@siara : haha, untunglah tak penah kena.. tapi best lah kalau kena pun, pengalaman :D

@farahizzati : ouhh, alhamdulillah lah :)

4 December 2013 at 07:06  
Blogger Ren Oh. said...

Ren pun dah banyak kali kene. ade sekali tu sehari sebelum result SPM kuar, pasang ear phone dengar surah2. nak tenangkan hati yg nebes nilah konon2nya. kohkohkoh. sekali amik kau kene himpit. lumpuh habis. yg peliknye bile dengar lagu takde pulak. hehe

6 December 2013 at 05:48  
Blogger athiqi ariff said...

tiqi skmo keno..ada sekali keno smpai 11 kali pd malam yg sama..mmg penat rasanya..penjelasan sains mmg la sbb lumpuh,tp dr segi islam kena tindih hantu..hehe

6 December 2013 at 07:14  
Blogger adrianna syaz said...

Hi qaqa..akk folo qaqa blik..comey blog qaqa ni :D

6 December 2013 at 08:02  
Blogger Atika Baharudin said...

@ren oh : hahaha. ayoyo, time dgr surah pulak kena himpit? hahah, lawak rasa :D

@athiqi : amboih? 11 kali? eii, qaqa dapat byg kan cmne penatnye kan... haha, tau takpe, ikut islam seram skit. tu sebab ikut sains tu. hahah

6 December 2013 at 08:07  

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Esok-esok komen lagi...